Halaman

Rabu, 21 Oktober 2009

Teks Pengacara Majlis-Majlis Rasmi

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMINAR PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN PERINGKAT NEGERI JOHOR.

Ketibaan,
Yang Berbahagia,
Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan
Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan Johor.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Yang Berbahagia
Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan
wakil rasmi
Pengarah Pendidikan Johor,

Yang Berusaha,
Dr Hjh Hasmah bt Ahmad
wakil rasmi
Pengarah Institut Aminuddin Baki

Yang Berusha
Tn Hj Kamaruddin bin Abu
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang

Dif-dif kehormat,
Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah,
Pengetua-pengetua
Guru-guru besar
Jawatankuasa PIBG
Guru-guru serta hadirin hadirat sekalian

Selamat Datang ke Majlis Seminar Pendidikan Keibubapaan Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2004.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini dijemput Al Fadil Ustaz Mohd Khairo Faizi bin Abdul Hamid untuk memimpin bacaan doa
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

BACAAN DOA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Mohd Khairol Faizi bin Abdul Hamid atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya majlis beralih ke acara ucapan
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Dr Hjh Hasmah bt Ahmad wakil rasmi Pengarah Institut Aminuddin Baki untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
Dipersilakan puan.

UCAPAN WAKIL RASMI IAB

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Hjh Hasmah bt Ahmad atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu, ucapan tetamu khas.

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor merangkap Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Seminar Pendidikan Keibubapaan Negeri Johor bagi tahun 2004.

Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

UCAPAN TETAMU KHAS

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan atas ucapan perasmian penutup itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dipersilakan Tn Hj Kamaruddin bin Abu Pegawai Pendidikan Daerah Kluang mengiringi Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor untuk menyampaikan cenderamata kepada para penceramah.
Dipersilakan tuan

PENYAMPAIAN HADIAH PENCERAMAH

Dipersilakan penceramah pertama
Dr Hjh Hasmah bt Ahmad

Penceramah kedua
Pn Hjh Saleha bt Mohamed

Seterusnya dipersilakan Tn Hj Kamaruddin bin Abu menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan wakil rasmi Pengarah Pendidikan Johor

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tn Hj Abdul Hamid bin Abu Hassan dan Tn Hj Kamaruddin bin Abu kerana sudi menyampaikan hadiah itu tadi.
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka berakhirlah Seminar Pendidikan Keibubapan Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2004.

Majlis mempersilakan Tn Hj Kamaruddin bin Abu, Pegawai Pendidikan Daerah Kluang mengiringi tetamu utama dan dif-dif jemputan ke bilik makan kantin untuk menikmati jamuan yang disediakan

Dipersilakan para tetamu ke kantin untuk menikmati jamuan.
Sekian wassalamualaikum w.b.t.







































UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Assalamualaikun w.b.t dan Selamat Sejahtera

Yang Berusaha
………………………………..
………………………………
………………………………

Yang Berusaha,
Dr Hjh Hasmah bt Ahmad
Wakil dari Institut Aminuddin Baki

Yang Berusaha
Pn Hjh Saleha bt Mohamed
Wakil dari Institut Aminuddin Baki

Dif-dif kehormat,
Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah,
Pengetua-pengetua,
Guru-guru besar
Jawatankuasa PIBG
Guru-guru serta hadirin hadirat sekalian

Selamat Datang ke Majlis Seminar Pendidikan Keibubapaan Peringkat Negeri Johor Bagi Tahun 2004.

Paara Hadirin yang dihormati sekalian

Antara aturcara pada hari ini ialah :

Slot ceramah 1 yang akan disampaikan oleh ………………………………….
Dan akan dipengerusikan oleh En Abd Taib bin Abu Bakar
Kemudian para hadirin akan berhenti rehat
Diikuti dengan slot ceramah 2 yang akan disampaikan oleh ………………………………………….. juga akan dipengerusikan oleh En Abd Taib bin Abu Bakar
Dan majlis penutup rasmi

Sebelum itu diumumkan beberapa peringatan-peringatan yang perlu dipatuhi oleh para hadirin hadirat sekalian

Pertama, Semasa majlis berlangsung para hadirin diminta mematikan telefon bimbit masing-masing

Kedua, para hadirin tidak dibenarkan bergerak keluar dewan sehingga majlis selesai kecuali kes-kes kecemasan.

Ketiga, Para hadirin diminta berdiri apabila pengumuman ketibaan tetamu khas dibuat semasa majlis penutup nanti

Untuk tidak melengahkan masa saya dengan segala hormatnya menyerahkan majlis ini kepada En Abd Taib bin Abu Bakar untuk mempengerusikan ceramah 1

Dipersilakan tuan.

2 ulasan:

  1. sebarang pertanyaan hubungi saya 019-7412493

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...

    teks ini amat membantu saya...izinkan sy 'copy' utk rujukan saya..terima kasih

    BalasPadam